Program Pembangunan Automasi Elektrik (EAAP) 2023

Electrified Automation Advancement Program (EAAP) 2023

Program Pembangunan Automasi Elektrik (EAAP) merupakan inisiatif pembangunan bakat yang komprehensif yang menggabungkan bidang-bidang Kenderaan Elektrik (EV) dan Automasi Industri. Ia bertujuan untuk melengkapi peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam landskap yang berkembang dengan pesat dalam proses industri elektrik, teknologi automasi, dan integrasi sistem EV ke dalam pelbagai sektor industri.

Program ini menawarkan gabungan pembelajaran teori, pengalaman praktikal , dan pendedahan industri untuk membentuk profesional yang holistik dalam domain-domain yang saling berkaitan ini. Program ini terdiri daripada 2 modul - Modul Teras - Hybird /EV Persijilan Tahap 3 , IMI UK dan pilihan elektif Sijil Siemens dalam PLC atau Sijil Industri yang berkaitan.

Modul elektif : Bergantung kepada keperluan industri semasa penempatan pekerjaan.

Perjalanan Program : Modul Teras secara besemuka selama 7 hari dan Modul Elektif secara hibrid selama 14/21 hari.

Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia berketurunan India.
  • Berumur daripada 20 tahun keatas.
  • Diploma /STPM /Sarjana Muda Atau sijil setara yang berkaitan.
  • Sihat tubuh badan dan mental.
  • Terdiri daripada golongan B40( pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850.00 sebulan) atau M40 (Pendapatan isi rumah dari RM 4,851.00 - RM 10,970.00 Sebulan).
  • Tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang.
  • Pengalaman berkerja dalam industri Automotif selama 1 tahun.
  • Mempunyai minat untuk menceburi dalam industri Automotif untuk menjana pendapatan.

Register Now

Locate Us

Lot D-00-03A, Putra Majestik Business Centre
Jalan Kasipillay, Off Jalan Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur, Malaysia

© ev-mitra.com 2023 all rights reserved